Islamic Widget

Friday, March 18, 2011

Siapakah KITA???

Siapakah orang yang sombong?
- Org yg di beri penghidupan tetapi tidak mahu sujud pada yg menjadikan kehidupan itu iaitu Allah s.w.t. Maka bertasbihlah sgla yg ada di bumi dan di langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yg sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
- Org yg diberi petunjuk melalui ayat2 Al-Quran, hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dlm jiwa utk brtaubat.

Siapakah orang yang kuat?
- Org yg dpt menahan kemarahannya ketika iadlm kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
- Org yg melihat kemaksiatan di dpn matanya tetapi tidak sedikit pun ada kebencian di dlm hatinya akn kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
- Org yg berat lidahnya utk membaca selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Siapakah orang yang buta?
- Org yg tidak mahu membaca dan meneliti akn kebesaran Al-Quran dan tidak mahu mengambil pengajaran daripadanya.

Siapakah orang yang sibuk?
- Org yg tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah dia mempunyai kerajaan sprti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
- Org yg di timpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun". Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi, aku redha dgn ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
- Org yg sedng brsendirian lalu mengingati akn kebesaran Allah s.w.t dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
- Org yg bersyukur dgn apa yg ada dan tidak tamak akan kenikmatan dunia yg sementara ini.

Siapakah orang yang pandai?
- Org yg bersiap-siap utk hari kematiannya krn dunia ini berusia pendek sedng akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
-Org yg sentiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang yang paling cantik?
- Org yg mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
- Org yg mati membawa amal2 kebaikan di mn kuburnya akan diperluaskn saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
- Org yg mati tidak membawa amal2 kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
- Org yg menghuni syurga kelak krn telah menggunakan akal sewaktu di dunia utk menghindari seksa kubur.

 Siapakah kita yg sebenarnya..

No comments:

Post a Comment