Islamic Widget

Sunday, February 27, 2011

Pemuda Bercita Syurga

Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.
Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.
Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.
"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."

Rintihan Tha'labah

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.
Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.
Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."
"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.
Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.
Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"
"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.
"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"
"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"

Cita-citanya hanya Syurga

"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"
"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."
Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."
Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.
Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.
Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"
Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."
Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!
Lihat diri kita. Apakah kita menyesal dan bertaubat setelah berbuat dosa yang sengaja? Apakah kita sedar, dan menyesal serta bertaubat setelah berbuat dosa yang tidak sengaja?

~artikel from iluvislam.com~

Pahlawan Neraka

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing.
 
Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.


"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat.
 
Mendengar perkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka."
 
Para sahabat menjadi heran mendengar jawapan Rasulullah itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah itu.
 
Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."
 
"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."
 
Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."


Tuesday, February 22, 2011

Alangkah Peliknya Kita

Pelik ya...duit RM50 kelihatan begitu besar bila di bawa ke masjid,
tetapi begitu kecil apabila di bawa ke pusat beli-belah untuk berbelanja..

Pelik ya...30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir,
tetapi begitu pendeknya waktu itu untuk menonton cerita komedi..

Pelik ya...tak sampai 30 minit mendengar khutbah jumaat sudah terasa jemu,
tetapi tak pernah puas mendengar lagu kesukaan kita walaupn sudah di ulang berkali-kali..

Pelik ya...dengar iklan jualan murah di TV tak sabar nak pergi membeli-belah,
tetapi bila mendengar laungan azan di TV, tak sabar nak tukar ke channel lain..

Pelik ya...susah sungguh merungkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa,
tetapi betapa mudahnya mencari bahan bersembang dengan kawan-kawan..


Pelik ya...rasa susah untuk habiskan Al-Quran walau satu halaman,
tetapi majalah hiburan dan novel 1000 halaman pun boleh habis di baca..

Pelik ya...ramai yang berebut paling depan untuk menonton konsert,
tetapi cari saff paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar..

Pelik ya...susah orang mengajak menyebarkan dakwah,
tetapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan fitnah..

Pelik ya...betapa susahnya kita untuk bangun qiamullail,
tetapi mudahnya kita bangun untuk menonton siaran langsung perlawanan bola sepak..

Pelik ya...betapa artis-artis di puja dan disanjung,
tetapi ulama-ulama yang cuba memperbetulkan umat dicerca dan dihina kerana dikatakan ketinggalan zaman..

Pelik ya...orang yang berpakaian seksi dikatakan ikut peredaran zaman,
tetapi perempuan yang memakai hijab dikatakan kolot dan taksub pada agama..


Wednesday, February 16, 2011

Terima kasih Rasulullah

Semalam umat Islam menyambut hari kelahiran junjungan besar kita,Nabi Muhammad s.a.w.
Bersyukurnya di lahirkan sbgai seorng Islam.Di kurniakn nikmat yg pling besar skali iaitu iman dan Islam.
Mudah-mudahan hidup dan matiku dlm agamaMu ini Ya Allah.

Terima kasih kpd mu Ya Rasulullah..
Kerana jasamu kami masuk Islam,
Kerana jasamu kami sembahyang,
Kerana jasamu kami kami beriman,
Kerana jasamu kami berjuang..

Engkau adalah rasul pilihan,
Pilihan rasul yg awal dan akhir,
Engkau adalah penyelamat umat,
Engkau membawa rahmat dan berkat..

Ibadahmu membayangkan kehambaanmu,
Akhlakmu membayangkan kebersihan hatimu,
Sabarmu membayangkan ketahanan jiwamu,
Keberanianmu membayangkan tawakkalmu..

Terima kasih wahai Rasulullah..





Sunday, February 13, 2011

iN MemorieS

Tiba2 je hari ni teringat kenangan semasa praktikal di Lembaga Zakat Selangor.3 bulan praktikal di sana sangat menyeronokkan dan memberikan pelbgai pengalaman.

Di sana jugalah aku berhempas-pulas dalam menyiapkan tugasan terakhir ku sebelum menamatkan pengajian ku di Universiti Teknologi MARA kampus Kelantan.

Kini semuanya itu dlm kenanganku..


 
Bas yg aku selalu naik ms nk prgi dan balik keje
 
Progrm majlis berbuka puasa brsama sultan selangor.
Semua daerah di Selangor kami prgi


 
Dlm rangka kerja menyerahkan bantuan kpd asnaf2
di semua penempatan yg di sediakn olh LZS dan dlm
mendapatkan maklumat utk kajian yg aku lakukan.

Brgmbar dgn bas yg di gunakan di Baitul Hasanah
utk membawa anak2 asnaf ke sekolah


Hari terakhir di LZS..terima kasih sume :)


"Setiap yg bermula pasti kan ada akhirnya..begitu jg lh dgn kehidupan ini.Setiap yg hidup itu pasti akan mati jg.."

Saturday, February 12, 2011

Gempur Asmara Hari Kekasih

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengisytiharkan kempen perang jihad bg menghalang remaja islam drpd terjebak dlm sebarang bentuk aktiviti perayaan hari kekasih atau Hari Valentine.

Perayaan ini adalah racun dlm memusnahkan akidah umat Islam berikutan ramai gadis Islam yg pernah terlanjur dan menghuni rumah perlindungan mengaku hamil akibat seks bebas pada malam hari sambutan berkenaan.

Islam sama sekali menolak konsep kasih syg yg terkandung dlm Hari valentine krn unsur ritual keagamaan yg diamalkannya boleh menggugat akidah umat Islam selain mengandungi unsur maksiat.

Marilah kita sama2 memerangi maksiat agar Islam akan terpelihara.




Say No To Valentine'd Day

Friday, February 11, 2011

Mencari Kasih

Pada suatu hari, seorang lelaki telah dtg menemui Rasulullah s.a.w. Lelaki itu ingin mendapatkan bimbingan daripada baginda.

"Tuan, tunjukkan jalan yg membolehkan Tuhan dan manusia mengasihi diri saya," kata lelaki itu.

Rasulullah s.a.w menyambut permintaan lelaki itu dgn mesra."Saudara, jgnlah saudara kasih kpd dunia ini,nanti Tuhan pasti mengasihi saudara. Dan jgn saudara tamak akan harta org lain,nanti org pasti kasih kpd saudara".

~Renung2kan..

Kebaikan akan kembali kpd kita

Bila kita menolong org, Allah akan menolong kita kembali. Allah menggerakkan hati manusia utk menolong kita. Itu adalah pasti dan tidak pernah diragui.
Bila kita mendoakan org, org yg sama atau org lain akan mendoakan kita jg. Itu pun pasti dan tidak pernah diragui.
Bila kita mempermudahkan jln org, Allah akan mempermudahkan jln kita. Ini di ibaratkn apabila kt memudahkn jln org adalah spt membuat simpanan yg mn dividennya blh di kembalikn kpd kita bila2 masa, lebih2 lg di saat kita sgt memerlukannya.
Kebaikan akan kembali kpd kita. Keburukan pun akan kembali kpd kita jg sm ada lambt atau cepat.
Seandainya kita cuba menyekat atau menyusahkan jln org lain, suatu hari nnt kita akan mengalami keadaan yg sma jg.
Jadi, marilah kita sama2 melakukan kebaikan dlm kehidupan ini.



Munajat Keampunan

AmpunikuYa Allah,
Tuhan Pentadbir makhluk
Ampuniku Ya Allah,
Dari segala kesalahan
Ya Tuhanku, tambahi bagiku ilmu yang bermanfaat,

dan taufiqkan aku dengan amalan yg di terima
dan kurniakan aku rezeki yang luas
dan terimalah ke atas ku, taubat yang suci

Terimalah taubat ku ini Ya Allah..


Perjalananku

Sebuah perjalanan dlm menuju kehidupan yg kekal abadi..
Moga sgla amalan yg di lakukn selama ini di terima di sisiNya..
Moga apa yg ku lakukn ini adlh ibadah utk mencari redha Mu Tuhan..

Ya Allah..bantu aku dlm kehidupanku..