Islamic Widget

Tuesday, February 22, 2011

Alangkah Peliknya Kita

Pelik ya...duit RM50 kelihatan begitu besar bila di bawa ke masjid,
tetapi begitu kecil apabila di bawa ke pusat beli-belah untuk berbelanja..

Pelik ya...30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir,
tetapi begitu pendeknya waktu itu untuk menonton cerita komedi..

Pelik ya...tak sampai 30 minit mendengar khutbah jumaat sudah terasa jemu,
tetapi tak pernah puas mendengar lagu kesukaan kita walaupn sudah di ulang berkali-kali..

Pelik ya...dengar iklan jualan murah di TV tak sabar nak pergi membeli-belah,
tetapi bila mendengar laungan azan di TV, tak sabar nak tukar ke channel lain..

Pelik ya...susah sungguh merungkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa,
tetapi betapa mudahnya mencari bahan bersembang dengan kawan-kawan..


Pelik ya...rasa susah untuk habiskan Al-Quran walau satu halaman,
tetapi majalah hiburan dan novel 1000 halaman pun boleh habis di baca..

Pelik ya...ramai yang berebut paling depan untuk menonton konsert,
tetapi cari saff paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar..

Pelik ya...susah orang mengajak menyebarkan dakwah,
tetapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan fitnah..

Pelik ya...betapa susahnya kita untuk bangun qiamullail,
tetapi mudahnya kita bangun untuk menonton siaran langsung perlawanan bola sepak..

Pelik ya...betapa artis-artis di puja dan disanjung,
tetapi ulama-ulama yang cuba memperbetulkan umat dicerca dan dihina kerana dikatakan ketinggalan zaman..

Pelik ya...orang yang berpakaian seksi dikatakan ikut peredaran zaman,
tetapi perempuan yang memakai hijab dikatakan kolot dan taksub pada agama..


No comments:

Post a Comment