Islamic Widget

Wednesday, March 23, 2011

MuTiara KaTa

Barangsiapa yang berbekal dgn takwa di dunia, jadilah dia pd hari kiamat sejahtera dari azab ALLAH.

Barangsiapa yang meninggalkan hasad, jadilah dia pd hari kiamat terpuji pd pandangan mankhluk.

Barangsiapa yang meninggalkan cinta pd ketinggian, maka jadilah dia pd hari kiamat terpuji di sisi ALLAH Yang Jabbar.

Barangsiapa yang meninggalkan kelebihan dunia, jadilah dia pd hari kiamat drpd org yang berjaya.

Barangsiapa yang meninggalkan kebakhilan di dunia, jadilah dia di ingati oleh makhluk.

barangsiapa yang meninggalkan kerehatan di dunia, jadilah dia pd hari kiamat org yang gembira.

Barangsiapa yang meninggalkan drpd melihat perkara yang haram di dunia, ALLAH akan gembirakan kedua-dua matanya di hari kiamat di syurga.

Barangsiapa yang menunaikan hajat manusia di dunia, ALLAH akan tunaikan hajat mereka di dunia dan di akhirat.

Barangsiapa yang inginkan keamanan di dalam kubur, maka bangunlah dia pd kegelapan malam dan bersembahyanglah.

Barangsiapa yang ingin tinggal didalam keriangan syurga, hendaklah dia jadi org yang ingat kpd ALLAH pd waktu siang dan malam.


Barangsiapa yang ingin masuk ke dalam syurga tanpa perlu di hisab, hendaklah dia bertaubat dgn ALLAH dgn taubat nasuha.

Barangsiapa yang menganggap sesungguhnya baginya ada musuh yang lebih di musuhi dari nafsunya sendiri bererti dia tidak mengenali dirinya.

Barangsiapa yang meninggalkan dunia, dikasihi oleh ALLAH. Barangsipa yang meninggalkan dosa, dikasihi oleh malaikat. Barangsiapa meninggalkan tamak, dikasihi oleh org2 Islam. - Saidina Ali

Tuesday, March 22, 2011

HEALTH : A BLESSING FROM ALLAH

"Appreciate Allah's blessing before it is taken back"

Allah swt has given us endless favours and blessings that we can't even count. So with this in mind, remember those in times of hardship, those who are suffering, those who are in need, those who are ill, and try and do as much as we can to aid them and ease their trials. Visiting those who are sick is highly encouraged - as if visiting our Lord!


O son ofAdam, i fell ill and you visited Me not. He will say: O Lord, and how should I visit You when You are the Lord of the worlds? He will say: Did you not know that My servant So-and-so had fallen ill and you visited him or not? Did you not know that had you visited him you would have found Me with him?
-Hadith Qudsi-

Doa of prophet Ayub when he fell sick :
"You servants of Allah, seek treatment, for Allah did not send an illness that is without treatment ".
" Aku bermohon padaMu Ya Allah, Pemilik Arash yang agung supaya menyembuhkan ku dari segala jenis penyakit".

As-syu'araa (80) :
"And when I am ill, it is He who cures Me"
"Dan apabila aku sakit, hanya Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku"



There are countless bounties that Allah has given us - from head to toe.

Monday, March 21, 2011

CARTA HIT DOSA

1. Jasa anda di dunia : Meninggalkan solat
    Anugerah anda di akhirat : Ular Saqar sedang menunggu

2. Jasa anda di dunia : Melewat-lewatkan solat
    Anugerah anda di akhirat : Neraka Wail sedang menganga

3. Jasa anda di dunia : Meringan-ringankan syariat
    Anugerah anda di akhirat : Mendapat pandangan murka Al-Jabbar

4. Jasa anda di dunia : Mengumpat peribadi orang
    Anugerah anda di akhirat : Gunting neraka sedang di asah

5. Jasa anda di dunia : Menyebarkan fitnah
    Anugerah anda di akhirat : Duri-duri mennati di taman neraka

6. Jasa anda di dunia : Tidak menjaga pergaulan
    Anugerah anda di akhirat : Libasan api neraka di janjikan

7. Jasa anda di dunia : Tidak berakhlak dengan manusia
    Anugerah anda di akhirat : Kemurkaan Allah bersamamu

8. Jasa anda di dunia : Menyakiti hati orang dengan lisan
    Anugerah anda di akhirat : Masuklah mana-mana pintu neraka

9. Jasa anda di dunia : Meringankan amanah
    Anugerah anda di akhirat : Angkatlah seberkas kayu dari neraka

10. Jasa anda di dunia : Bersangka buruk
      Anugerah anda di akhirat : Amalan baik di ambil orang


Kita ini ibarat sebuah kereta yang sedang berjalan menuju ke destinasinya..
yang di belakang makin jauh di tinggalkan
yang di tuju makin dekat..
Begitulah manusia..
perjalanannya makin dekat ke kubur,
rumah, keluarga dan harta makin jauh di tinggalkan..tapi mereka tak terasa pun hendak mencari  bekal untuk di bawa ke sana..

Friday, March 18, 2011

Siapakah KITA???

Siapakah orang yang sombong?
- Org yg di beri penghidupan tetapi tidak mahu sujud pada yg menjadikan kehidupan itu iaitu Allah s.w.t. Maka bertasbihlah sgla yg ada di bumi dan di langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yg sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
- Org yg diberi petunjuk melalui ayat2 Al-Quran, hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dlm jiwa utk brtaubat.

Siapakah orang yang kuat?
- Org yg dpt menahan kemarahannya ketika iadlm kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
- Org yg melihat kemaksiatan di dpn matanya tetapi tidak sedikit pun ada kebencian di dlm hatinya akn kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
- Org yg berat lidahnya utk membaca selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.

Siapakah orang yang buta?
- Org yg tidak mahu membaca dan meneliti akn kebesaran Al-Quran dan tidak mahu mengambil pengajaran daripadanya.

Siapakah orang yang sibuk?
- Org yg tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah dia mempunyai kerajaan sprti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
- Org yg di timpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun". Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi, aku redha dgn ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
- Org yg sedng brsendirian lalu mengingati akn kebesaran Allah s.w.t dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.

Siapakah orang yang kaya?
- Org yg bersyukur dgn apa yg ada dan tidak tamak akan kenikmatan dunia yg sementara ini.

Siapakah orang yang pandai?
- Org yg bersiap-siap utk hari kematiannya krn dunia ini berusia pendek sedng akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
-Org yg sentiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang yang paling cantik?
- Org yg mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
- Org yg mati membawa amal2 kebaikan di mn kuburnya akan diperluaskn saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
- Org yg mati tidak membawa amal2 kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
- Org yg menghuni syurga kelak krn telah menggunakan akal sewaktu di dunia utk menghindari seksa kubur.

 Siapakah kita yg sebenarnya..

Thursday, March 17, 2011

10 HAK Yang Perlu Di Jaga

1) HAK KEPADA DIRI SENDIRI
-Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2) HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
-Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan berasa cinta kepada Allah.

3) HAK KEPADA KUBUR
-Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang di zalimi.

4) HAK KEPADA MUNGKAR DAN NAKIR
- Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.

5) HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
-Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6) HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
- Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7) HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
- Menangis lantaran takutkan Allah s.w.t, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

8) HAK KEPADA RIDHWAN (PENJAGA SYURGA)
- Berasa redha dengan qadha' Allah s.w.t, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah s.w.t dan bertaubat daripada melakukan maksiat.

9) HAK KEPADA NABI SAW
- Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah, menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah s.w.t.

10) HAK KEPADA ALLAH S.W.T
- Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

~from: diari muslimah 2008

Tuesday, March 15, 2011

Lembaran Hidup Wanita Solehah

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk di laksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahnya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
 Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...

Tabah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir 
Di tinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...

Mampukah aku menjadi wanita Solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah... 


Thursday, March 10, 2011

Bekalan dari Air Mata


Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T.

Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.


Nabi Muhammad Tersenyum Jua

"Seorang sahabat Nabi Muhammad sangat suka bergurau. Beliau adalah Nuaiman yang juga menjadi tentera, berperang dalam peperangan Badar. Namun begitu, beliau juga merupakan antara sahabat yang miskin. Walaupun Nuaiman miskin, beliau mempunyai hati yang mulia dan suka menolong orang lain. Sekiranya mempunyai lebihan wang, beliau akan menjamu orang miskin di masjid.

Pada suatu hari sedang Nuaiman berjalan-jalan, beliau bertemu dengan seorang penjual madu. Pada masa itu, penjual madu sedang melalui jalan yang dekat dengan rumah Nabi Muhammad. Nuaiman terfikir hendak membeli madu itu, namun beliau tidak mempunyai wang. Akhirnya beliau mendapat satu idea.

“Wahai penjual madu!” panggil Nuaiman.

Penjual madu itu datang menghampiri Nuaiman sambil membawa beberapa botol berisi madu.

“Tuan memanggil saya?” tanya penjual madu.

“Berikan saya satu botol madu,” kata Nuaiman.

“Baiklah. Ini dia, tuan,” kata penjual madu sambil menghulurkan sebotol madu kepada Nuaiman.

Sambil mencapai botol madu yang dihulurkan itu, Nuamain berkata, “Saudara tunggu di sini. Nanti duit madu ini akan dibayar oleh tuan rumah ini,” kata Nuaiman sambil menunjukkan rumah Nabi Muhammad.

Nuaiman membawa botol madu itu lalu pergi ke rumah Nabi Muhammad. Nuaiman mengetuk pintu dan memberi salam. Nabi Muhammad keluar sambil menjawab salam Nuaiman.

“Wahai kekasih Allah, terimalah hadiah daripada saya,” kata Nuaiman, sambil memberikan botol madu yang di-pegangnya kepada Nabi Muhammad. Nabi Muhammad yang tidak tahu apa-apa itu mengucapkan terima kasih kepada Nuaiman. Nuaiman tersenyum lalu pergi dari situ.

Apabila melihatkan Nuaiman pergi jauh tanpa membayar harga madu yang dibelinya, penjual madu itu naik marah. Lantas beliau pergi mendapatkan Nabi Muhammad.

“Tuan, tuan sudah mendapatkan madu daripada saya, tetapi tuan belum membayarnya,” kata penjual madu.

Tahulah Nabi Muhammad yang Nuaiman bergurau dengan beliau. Nabi Muhammad tersenyum sendirian dan terus membayar harga sebotol madu yang dibeli oleh Nuaiman itu. Penjual madu itu berlalu selepas mendapatkan wangnya.

Keesokan harinya Nabi Muhammad meminta sahabat memanggil Nuaiman. Nuaiman akhirnya datang berjumpa Nabi Muhammad dalam keadaan takut. Nabi Muhammad tidak marah kepada Nuaiman, tetapi beliau ingin tahu Kenapa Nuaiman tidak membayar harga madu yang dibelinya.

Nuaiman pun berkata, “Wahai kekasih Allah. Saya ingin sekali melakukan kebaikan kepada tuan. Tetapi saya tidak mempunyai wang pada masa itu. Maafkanlah saya.” Nabi tersenyum mendengar kata-kata